Saturday, December 25, 2010

saya bagi 3/5 bintang!!~~


arinie aku pergi tgok wayang.. lame sungguh xmelayan panggung nie. citer last ongbak 3.. disebabkan ada kawan baik aku time skola menengah dulu mau belanje(sabrina)..so aku memberanikan diri tengok wayang.. :p Smpai2 kat jmbtn tjg lumpur...nmpk dah disitu.. bersemut2 orang kt bndar kontan.. smpai ECM pun dah mule sesak .. ingt mau layan citer Narnia.. tapi lmbat lak..jadi main tangkap muat je la tgok citer JANIN.... mule2 kontrol macho..badget berani la.. last2... dua2 terpekik terlolong.. haha.. xder la seram mane.. tpi almaklum la.. lemah semangat menghantui jiwa aku ngan si sabrina nie.. aku dh tutup muke pakai baju..si sabrina plak kontrol ayu pakai spake itam dalam panggung.. :)


aku citer sikit la psal citer nie..

Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang orang kampung telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.

0 comments:

Post a Comment

senyum = smile